Honda e:N1 Dilancar di Malaysia – SUV Elektrik Futuristik Berharga RM149,900
SUV Elektrik Pertama Honda Malaysia Kini Rasmi!
Honda Malaysia akhirnya melancarkan Honda e:N1 – SUV elektrik sepenuhnya yang pertama ditawarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Harga rasmi? RM149,900 atas jalan tanpa insurans. Model ini dijangka jadi ‘game changer’ dalam pasaran EV kompak, khususnya untuk pembeli yang nak gabungan teknologi, gaya dan jenama yang boleh dipercayai.
Rekaan Moden & Futuristik
Honda e:N1 tampil dengan gaya yang minimalis dan futuristik:
✅Lampu LED depan & belakang direka penuh elegan
✅Gril tertutup menandakan identiti EV
✅Rim sporty 18-inci memberikan gaya agresif
✅Ruang dalaman luas dan kemas dengan kabin digital penuh
Paparan Dalaman Serba Canggih
Dalamannya bukan biasa-biasa. Honda e:N1 hadir dengan:
✅ Paparan infotainment 15.1-inci besar menegak ✅ Kluster digital 10.25-inci untuk paparan pemandu ✅ Sistem Honda CONNECT – boleh kawal kereta guna telefon! ✅ Sokongan OTA (Over-the-Air Updates) untuk naik taraf sistem
Nak tahu keadaan bateri? Lock/unlock kereta? Atau cari lokasi kereta di parking? Semua boleh guna app je.
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia En. Narushi Yazaki memperkenalkan BEV pertama Syarikat, All-New e:N1.
Prestasi & Jarak Pemanduan
Model ini dipasang dengan motor elektrik berkuasa 150kW (201hp) dan mampu memecut 0-100 km/j dalam 7.7 saat.
🔋 Jarak pemanduan WLTP: 420km ⚡ DC Fast Charging: 45 minit dari 30% ke 80% 🔌 AC Charging: Guna wallbox, full charge lebih kurang 6 jam
Dengan jarak 420km, anda boleh memandu dari KL ke Penang tanpa cas semula.
Ciri Keselamatan Penuh
Macam biasa, Honda memang tak kompromi soal keselamatan. Antara ciri:
Honda SENSING penuh – AEB, ACC, Lane Keep Assist
Blind Spot Monitoring
Multi-view camera
6 airbag
Presiden & Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Ir. Sarly Adle Sarkum (Kiri) dan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif En. Narushi Yazaki (Kanan) dengan Honda BEV yang baru dilancarkan, e:N1.
Ringkasan Spesifikasi Honda e:N1 2025
Butiran
Spesifikasi
Motor
150kW (201hp) Electric Motor
Bateri
68.8kWh lithium-ion
Jarak Pemanduan
420km (WLTP)
Cas Pantas DC
45 minit (30-80%)
Cas Biasa AC
±6 jam
Ciri Keselamatan
Honda SENSING, Honda CONNECT
Harga
RM149,900 (OTR tanpa insurans)
Honda EV Pertama di Malaysia – Berbaloi Tak?
Untuk harga RM149,900, anda akan dapat:
SUV elektrik moden & bergaya Teknologi paparan digital + Honda CONNECT Jarak pemanduan yang kompetitif Penjagaan & servis dari jenama dipercayai
Kalau anda sedang pertimbangkan EV sebagai kereta harian atau kereta keluarga, Honda e:N1 patut ada dalam senarai shortlist anda.
Untuk dapatkan info lanjut atau berminat untuk membuat tempahan, boleh tekan butang di bawah.
Perunding Jualan yang berdedikasi dan berpengalaman dalam industri Automotif, mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam membantu pelanggan mencari kenderaan yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan bajet mereka. Phone No : 0196161212